Pterygium

Apa itu Pterygium?

Pterygium adalah pertumbuhan tisu bukan jenis barah yang berwarna putih jelas dan nipis di konjunktiva yang terletak di bahagian putih mata (sclera). Dalam beberapa kes, pterygium dapat menutupi bahagian kornea. Penyebab dari masalah ini masih tidak diketahui, namun statistik menunjukkan bahawa lebih sering berlaku pada orang yang terdedah kepada cahaya matahari dan kerja - kerja di luar rumah. Pterygium biasa berlaku pada individu dewasa yang menjalani proses penuaan tetapi jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.

Tanda dan Gejala Pterygium

  • Terdapat tisu putih yang berkembang besar dengan saluran darah di bahagian dalam atau luar kornea.
  • Kadang-kadang ia boleh menyebabkan keradang dan menyebabkan sensasi terbakar dan iritasi pada mata, atau merasa seolah-olah ada sesuatu yang asing di mata
  • Peningkatan kekeringan pada mata
  • Peningkatan Astigmatisme (silau)

Rawatan Pterygium

  • Pembedahan pembuangan
  • Boleh dilakukan dengan pencegahan memakai cermin mata hitam sewaktu terdedah pada matahari.
  • Penggunaan air mata palsu secara berkala dapat mengurangkan kekeringan pada mata untuk mengelakkan berlakunya pterygium.

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.