Implant Shunt Tube Glaukoma

Apa Itu Glaucoma Tube Shunt Implant?

Sejenis pembedahan glaukoma yang menggunakan alat saliran glaukoma fleksibel (GDD) yang ditanamkan ke dalam mata. GDD terdiri daripada tiub fleksibel lembut yang dilekatkan pada plat penyaliran. Terdapat 3 jenis Peranti Saliran Glaukoma (GDD): Implan Valve Ahmed, Implan Tiub Baerveldt dan Implan Tiub Molteno. Plat diletakkan di luar mata di bawah konjungtiva, di belakang kelopak mata, dan tiub dimasukkan ke ruang depan mata untuk mengalirkan cecair keluar dari mata.

Kebaikan

  • Pilihan pembedahan yang berkesan untuk merawat glaukoma kompleks dan refraktori. Ia adalah pembedahan glaukoma biasa dan diakui sebagai intervensi pembedahan yang BAIK dan BERKESAN untuk menurunkan tekanan intraokular (IOP).
  • Dapat mengurangkan pengunaan ubat mata.

Siapakah yang sesuai?

  • Glaukoma kompleks misalnya glaukoma neovaskular kerana diabetes, trauma atau glaukoma uveitik dan lain-lain.
  • Sejarah perawatan Trabekuletomi yang meninggalkan parut
  • Sejarah pembedahan mata yang lain (misalnya ptergyium excision, ECCE)
  • Individu yang sukar untuk mengunakan ubat glaucoma mengikut arahan yang diberikan.
  • Boleh dijadikan sebagai pilihan pembedahan utama untuk mencapai penurunan IOP.

Maklumat lain yang berkaitan:

  • Rawatan dapat dilakukan secara rawatan harian dibawah bius “anaesthesia” dan pesakit dibenarkan pulang selepas rawatan.
  • Rawatan susulan selepas 1 hari operasi dan susulan selanjutnya mengikut temujanji yang ditetapkan.
  • Penglihatan menjadi sedikit kabur dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.
  • Pesakit boleh menaiki pesawat selepas prosedur

Glaucoma Implant Surgery

Sources: www.youtube.com/sharpwebcenter

Implant Shunt Tube Glaukoma

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.