Lain-Lain Masalah Mata

Ada beberapa jenis masalah mata lain yang mungkin dialami seseorang tanpa memandang faktor usia. Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa doktor mata yang bertauliah dengan segera untuk mendapat kaunseling dan rawatan yang diperlukan.

  • Cornea Ulcer
  • Mata Kering
  • Eyelid Abscess
  • Foreign Body Removal
  • Subconjuctival Haemorrhage
  • Trauma
  • Viral Conjunctivitis

Konjungtivitis

Punca Konjungtivitis

  • Dikenali sebagai 'Pink Eye' dalam istilah orang awam, konjungtivitis adalah bentuk jangkitan mata.
  • Gejala termasuk gatal, kelopak mata membengkak, kemerahan, keputihan, kotoran yang melekit pada mata dan kadang-kadang mata menjadi berair.
  • Boleh berlaku kerana reaksi alahan, jangkitan bakteria dan virus

Rawatan Konjungtivitis

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Ulser Kornea

Punca Ulser Kornea

  • Kesakitan yang berlaku pada kornea yang akan diikuti dengan kemerahan, sensasi benda asing, sensitif terhadap cahaya dengan penglihatan kabur diikuti dengan pengeluaran kotoran pada mata yang banyak.
  • Biasanya disebabkan oleh penggunaan kanta lekap yang berulang kali. Pesakit yang dijangkiti cacar air dan herpes zoster juga mungkin terkena ulser kornea.
  • Punca lain mungkin disebabkan oleh penggunaan steroid dalam jangka masa yang panjang dan menyebabkan kekeringan mata yang teruk.

Rawatan Ulser Kornea

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Stye

Punca Stye

  • Keradangan dibahagian kelopak mata yang menyakitkan.
  • Jangkitan pada folikel rambut (bulu mata) adalah punca utama keradangan berlaku.

Rawatan Stye

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Chalazion

Punca Chalazion

  • Keradangan yang tidak menyakitkan dibahagian kelenjar meibomian. 

Rawatan Chalazion

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Penyakit Mata Herpetic

Penyebab Penyakit Mata Herpetic

  • Sejenis penyakit kornea yang disebabkan oleh penularan virus, biasanya terjangkit pada individu yang mempunyai imun badan yang rendah.
  • Jangkitan virus yang paling biasa adalah penyakit kayap.

Rawatan Penyakit Mata Herpetic

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Pingueculities

Punca Pingueculitis

  • Pertumbuhan kekuningan bukan cyst pada bahagian putih mata.
  • Biasa dijumpai pada golongan tua dan mereka yang tinggal di negara yang cuaca panas.
  • Pertumbuhan ini dimulakan oleh sinaran UV tinggi, angin kencang dan kekeringan

Rawatan Pingueculitis

  • Kaedah pencegahan terbaik ialah menggunakan cermin mata hitam atau lensa yang dapat melindungi sinaran UV semasa melakukan perkerjaan di luar dan kerap menggunakan pelembab mata.
  • Sekiranya mata menjadi kemerahan, doktor akan memberi ubatan anti-keradang yang bukan steroid.

Penyakit Hakisan Kornea

Punca Penyakit Hakisan Kornea

  • Berlaku apabila lapisan epitelium (lapisan kornea paling luar) terlepas dari lapisan di bawahnya. Ia akan menyebabkan kesakitan yang teramat berlaku pada kornea kerana kornea padat dengan saraf.
  • Penyebab yang paling biasa adalah kanta lekap yang tidak sesuai, kekeringan berlebihan dan keadaan trauma (kekoyakan pada kornea)

Rawatan Penyakit Hakisan Kornea

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Sindrom Steven Johnson

Punca Sindrom Steven Johnson

  • Ia adalah gangguan serius yang jarang berlaku dan akan menyerang kulit serta membran mukus, biasanya diikuti dengan lepuh yang menyakitkan
  • Ia boleh menyebabkan mata kering yang serius dan ulser mata

Rawatan Sindrom Steven Johnson

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Penyakit Pendarahan Subconjunctival

Punca Pendarahan Di Subconjunctival

  • Pendarahan yang menakutkan namun tidak berbahaya terjadi di bahagian putih mata.
  • Berlaku kerana pecahnya saluran darah. Batuk, bersin dan menggosok mata dengan kuat juga boleh menyebabkan pendarahan subkonjungtiva.
  • Punca lain boleh dikaitkan oleh tekanan darah tinggi, penggunaan aspirin dan diabetes.

Rawatan Penyakit Perdarahan Subconjunctival

  • Biasanya sembuh sendiri dalam tempoh masa 2 minggu.
  • Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar mata diperlukan untuk mengelakkan terjadinya masalah lain.

Trauma

Punca Trauma

  • Penyebab keadaan trauma pada mata yang paling biasa adalah kecederaan pada kornea, kecederaan berpunca daripada bulu tangkis dan bunga api.
  • Trauma kornea mungkin berlaku kerana calar yang tidak disengajakan yang menyebabkan kecederaan pada tisu epitel.
  • Kecederaan yang berpunca dari bulu tangkis biasanya lebih parah kerana mengakibatkan kerosakan kekal pada bahagian dalam mata. Ini termasuk pendarahan vitreous, lengkagan retina dan kerosakan pada saraf optik.
  • Kecederaan luaran boleh menyebabkan pendarahan subkonjungtiva, iridodialisis dan kerosakan lensa mata.

Rawatan Trauma

  • Berjumpa doktor pakar mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya

Hubungi kami Sekarang

Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.