Pusat Pakar Mata TOPVISION

Pusat Pakar Mata TOPVISION

Kami menawarkan perkhidmatan rawatan mata dengan mempunyai pusat pembedahan ambulatori perubatan yang komprehensif di Malaysia. Kami mula beroperasi pada tahun 2010 dan sehingga kini kami mempunyai sebelas pusat pakar mata yang terletak di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kelantan, Kedah dan Pahang. Kami menawarkan rawatan moden dan canggih untuk penyakit mata umum dan kompleks.

Doktor kami adalah pakar Oftalmologi terkenal, yang telah menguasai banyak rawatan yang membolehkan pesakit berasa selamat, menikmati ketepatan dan keselesaan maksimum ketika menjalani rawatan mata dan pembedahan dengan kami. Kami bangga dapat memberi layanan yang baik dan penuh kasih sayang kepada pesakit kami.

Pesanan Pengasas

Selama bertahun-tahun, saya membayangkan untuk menyediakan penjagaan kesihatan mata berkualiti tinggi, berpatutan dan boleh didapati dengan mudah oleh orang awam. Hari ini, kami dapat melaksanakannya melalui kesemua 11 pusat pakar mata kami yang strategik terletak di daerah-daerah pinggir bandar di sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kelantan, Kedah dan Pahang. Keinginan kami untuk memberikan penjagaan mata yang luar biasa kepada semua orang tanpa sebarang syarat. Saya teruja untuk memastikan semua pesakit kami menikmati mata yang sihat, penglihatan yang lebih baik, dan kualiti hidup yang lebih baik. Saya dan pasukan akan terus berusaha tanpa penat dalam memastikan kepuasan anda semua. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami.

Datuk Kenny Liew (DPSM)
Founder & Executive Chairman

Perjalanan Kami

Sejarah kami bermula pada bulan Ogos 2010 apabila pengasas, Datuk Kenny Liew menubuhkan pusat penjagaan mata ambulatori pertama di Banting, Selangor. Ia merupakan pusat pakar mata harian yang komprehensif serta menyediakan rawatan mata berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada masyarakat setempat di Banting. Pada tahun 2011, pusat pakar mata kedua kami ditubuhkan di Setia Alam, Selangor, yang juga merupakan pusat rujukan untuk penyakit mata yang kompleks, termasuk pembedahan vitreoretinal. Pusat pakar mata di Setia Alam juga berfungsi sebagai ibu pejabat kami.

Pada tahun 2015, pusat ketiga kami dibuka di Kuala Selangor, Selangor. Kami mula mengembangkan operasi ke Johor dengan membuka pusat keempat di Batu Pahat pada tahun 2016. Seterusny, pusat kelima dibuka di Kulai, Johor pada bulan Mei 2018. Dalam jangka masa tujuh tahun, TOPVISION telah menubuhkan lima pusat pakar mata ambulatori.

Pada tahun 2020, kami terus mengembangkan lagi pusat pakar mata kami di wilayah selatan Malaysia, dengan membuka pusat keenam di Seremban dan pusat ketujuh di Johor Bahru. Pusat pakar mata di Johor Bahru juga merupakan pusat pakar glaukoma pertama kami yang lengkap dengan kemudahan untuk memudahkan rawatan perubatan dan pembedahan yang berkaitan dengan glaukoma.

Pada tahun 2022, kami membuka cawangan ke lapan Pusat Pakar Mata di Taiping Perak untuk berkhidmat kepada penduduk dan masyarakat sekitar. Ini juga merupakan salah satu cawangan Pusat Pakar Mata terbesar kami yang menawarkan perkhidmatan rawatan penuh dan pembedahan mata.

Pada Januari 2023, kami dengan berbesar hati ingin mengumumkan pembukaan cawangan ke sembilan kami di Kelantan. Ini adalah cawangan pertama kami di Pantai Timur Malaysia.

Pada Jun 2023 Kami dengan jayanya telah membuka satu lagi PUSAT PAKAR MATA TOPVISION yang berlokasi di Sg Petani Kedah.

Pada Ogos 2024, dengan penuh kegembiraan kami ingin mengumumkan pembukaan cawangan ke sebelas kami di Mentakab, Pahang.

Visi Kami

Memberi rawatan penjagaan mata berkualiti tinggi, berpatutan dan komprehensif kepada semua pesakit.

Misi Kami

Untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kami, melalui pendidikan, pengesanan awal, memaksimumkan keberkesanan rawatan dan memberikan rawatan pesakit profesional.

Nilai Kami

Integriti, Empati, Profesionalisme

Slogan Kami

Penglihatan yang berkualiti adalah visi kami
界因我们天天明亮,
Penglihatan yang berkualiti adalah visi kami.

2010

Established our 1st Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Banting, Selangor.
2010

2011

Official opening of our 2nd Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Setia Alam, Selangor. This centre is also our headquarters.
2011

2013

Received the Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award.
2013

2014

Received the 1st Malaysian Golden Entrepreneur Award.
2014

2015

Official opening of our 3rd Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Kuala Selangor, Selangor.
2015

2016

Expanded our network to Southern region via the establishment of our 4th Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Batu Pahat, Johor.
2016

2017

Received the Inaugural Malaysian Brand Award.
2017

2018


Received the Malaysia Health & Wellness Brand Award.


Official opening of our 5th Ambulatory Care Eye Specialist Centre Kulai, Johor.



The first private ambulatory care eye specialist centre to be publicly listed on the LEAP Market of Bursa Malaysia Securities Berhad.

2018

2020


Johor Bahru is our first glaucoma subspecialty centre with capacity to perform glaucoma related surgeries and treatments.


Seremban Centre fully equipped to facilitate medical and surgical treatments, including retinal eye diseases

2020

2022


The Taiping center is our first branch in Perak state, opened to accommodate the Taiping and Perak communities, as well as residents.

2022

2023


Official opening of our 9th Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Kota Bharu, Kelantan.


Official opening of our 10th Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Sg Petani, Kedah.

2023

2024


Official opening of our 11th Ambulatory Care Eye Specialist Centre in Mentakab , Pahang.

2024