2023 © Copyright – Topvision Eye Specialist Centre (KKLIU 1368/2024 – Expiry Date 31 December 2026).
Web Design & SEO by Nuweb
Kesalahan pembiasan adalah apabila mata tidak membengkokkan pembiasan cahaya dengan betul dan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
Hyperopia (Rabun jauh) - objek yang jauh kelihatan agak jelas, tetapi objek yang rapat kelihatan lebih kabur
Myopia (Rabun dekat) - objek dekat kelihatan jelas tetapi objek yang jauh kelihatan kabur.
Astigmatisme ( Silau) - Objek dekat dan jauh kelihatan kabur.
Amblyopia biasanya dikenali sebagai mata malas. Ia berlaku apabila satu mata melihat normal dan mata yang lain melihat kabur. Namun, otak hanya memproses pandangan yang normal dan mengabaikan pandangan kabur.
Amblyopia baik untuk dirawat seawal mungkin, antara 4 hingga 6 tahun, sementara jalur penglihatan di otak masih berkembang. Pemeriksaan mata secara menyeluruh dengan pakar oftalmologi akan membantu pengesanan awal dan memastikan rawatan akan berjaya.
Squint, yang biasanya dikenali sebagai "mata juling" terjadi apabila kedua-dua mata tidak lurus. Mata tidak bergerak bersama dan kadang-kadang kelihatan bersilang. Kedudukan mata yang tidak selari/sejajar. Sebelah mata lain akan kelihatan berubah, naik atau turun mengikut dari mana sahaja mata pertama difokuskan. Kanak-kanak yang juling juga mungkin mengalami kehilangan persepsi mendalam, penglihatan berganda atau kehilangan penglihatan.
Sama ada pemeriksaan mata, rawatan atau menjalani pembedahan, pasukan pakar mata kami bersedia membantu anda.
2023 © Copyright – Topvision Eye Specialist Centre (KKLIU 1368/2024 – Expiry Date 31 December 2026).
Web Design & SEO by Nuweb